ENAKMEN 12 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN

Permulaan Kepada Perkahwinan



Seksyen 20. Tempat perkahwinan

(1) Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan kecuali dalam kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin, tetapi Pendaftar atau Hakim Syarie yang memberikan kebenaran berkahwin di bawah seksyen 17 atau 18 boleh memberikan kebenaran untuk perkahwinan itu diakadnikahkan di tempat lain, sama ada dalam Negeri Melaka atau di mana-mana Negeri lain.

(2) Kebenaran di bawah subseksyen (1) bolehlah dinyatakan dalam kebenaran berkahwin yang diberikan di bawah seksyen 17 atau 18.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), sesuatu perkahwinan bolehlah diakadnikahkan dalam sesuatu kariah masjid selain kariah masjid di mana pihak perempuan bermastautin jika—




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.