ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXI - DARIHAL JAMINAN



Seksyen 192. Bila waran tangkap boleh dikeluarkan terhadap orang yang dijamin.

Jika kerana kesilapan, tipuan atau selainnya, jaminan yang tidak mencukupi telah diterima, atau jika jaminan itu kemudiannya menjadi tidak mencukupi, Mahkamah yang membenarkan dia dijamin boleh mengeluarkan waran tangkap mengarahkan orang yang telah dilepaskan atas jaminan itu dibawa ke hadapannya, dan boleh mengarah supaya dia mencari penjamin yang mencukupi dan jika dia gagal berbuat demikian, boleh mengkomitkan dia ke penjara.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.