ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 153. Pembayaran keluar.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar keluar kepadanya tanpa apa-apa perintah:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh menurut budi bicaranya dalam mana-mana kes dan hendaklah, jika ia mendapat notis bahawa ada orang lain yang menuntut jumlah wang berkenaan atau sebahagian darinya, mengarahkan pemohon supaya mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran keluar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.