BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
(2) Mana-mana orang yang dikehendaki di bawah seksyen ini hanya untuk mengemukakan apa-apa harta atau dokumen hendaklah disifatkan telah mematuhi permintaan itu jika dia menyebabkan harta atau dokumen itu dikemukakan dan dia tidak hadir sendiri untuk mengemukakannya. (3) Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai menyentuh peruntukan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan keterangan yang sedang berkuatkuasa atau terpakai bagi apa-apa barang pos, telegram atau dokumen lain dalam jagaan pihak berkuasa pos atau telegraf.