ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN VIII - MASUK ISLAM



Seksyen 80. Kemasukan Islam anak-anak.

Jika pada saat masuk Islam, seseorang itu sama ada lelaki atau perempuan, ada mempunyai anak yang belum mencapai umur lapan belas tahun dan anak itu telah diperintahkan oleh mahkamah, selain daripada Mahkamah Syariah, diletakkan di bawah penjagaannya dan orang itu memutuskan bahawa anak itu dimasukkan ke dalam Islam, anak tersebut menjadi masuk Islam pada masa penjagaan itu diberi atau pada masa orang itu masuk Islam, yang mana terkemudian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.