ENAKMEN 6 TAHUN 2002
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 2002

BAHAGIAN X - AM



Seksyen 136. Pemansuhan dan kecualian.

(1) Enakmen Keluarga Islam 1983 [En. No. 1/83] adalah dengan ini dimansuhkan:

Dengan syarat segala pembicaraan yang telah dimulakan di bawah Enakmen yang dengan ini dimansuhkan hendaklah berterusan seolah-olah Enakmen ini belum diluluskan.

(2) Pemansuhan ini tidak menyentuh perjalanan Enakmen yang dimansuhkan terdahulu atau apa-apa perkara yang dilakukan atau tertanggung di bawahnya atau apa-apa hak, keistimewaan, kewajipan atau liabiliti yang diperolehi, terakru atau berlaku di bawahnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.