ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN IV - MASJID



Seksyen 61. Penyenggaraan masjid dan kawasannya

(1) Majlis hendaklah memastikan bahawa semua masjid dalam Negeri Sabah berada dalam keadaan baik yang sepatutnya dan bahawa kawasan-kawasannya disenggarakan dalam keadaan bersih yang sepatutnya.

(2) Majlis boleh memperdapatkan dan menggunakan atau membenarkan pemerdapatan dan penggunaan, wang khas bagi maksud, pembaikan dan penyenggaraan masjid, atau boleh membayar kos pembaikan dan penyenggaraan itu daripada Kumpulan Wang.

(3) Imam hendaklah dengan segera memberitahu Majlis tentang apa-apa keadaan yang memerlukan pembaikan dalam masjidnya, dan hendaklah memeriksa atau mengawasi mana-mana pembaikan itu sebagai ejen untuk dan bagi pihak Majlis.

(4) Tiada perubahan material kepada struktur masjid boleh dibuat tanpa kebenaran bertulis daripada Majlis.

(5) Majlis boleh mengarahkan sesuatu Jawatankuasa Kariah supaya menyenggarakan masjid yang di bawah tanggungjawabnya dalam keadaan baik yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.