ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG
BAHAGIAN IX - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Seksyen 104. Kuasa Majlis memungut zakat dan fitrah.
(1) Majlis hendaklah mempunyai kuasa memungut bagi pihak Yang di-Pertuan Agong, zakat dan fitrah yang kena dibayar di dalam negeri ini mengikut Hukum Syara':
Dengan Syarat bahawa kuasa itu tidak boleh dijalankan oleh Majlis sehingga suatu ketetapan membuat demikian itu telah diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.
(2) Manakala ketetapan yang tersebut di dalam subseksyen (1) seksyen ini disiarkan di dalam
Warta
dan dengan tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Hukum Syara', hendaklah menjadi wajib ke atas sekalian orang-orang Islam di dalam negeri ini membayar zakat dan fitrah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.