ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN AKADNIKAH DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 41. Pemeriksaan Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan.

(1) Tiap-tiap Daftar Perkahwinan dan indeks perkahwinan yang disimpan oleh Ketua Pendaftar atau Pendaftar di bawah Ordinan ini hendaklah terbuka untuk diperiksa oleh mana-mana orang setelah dibayar fi yang ditetapkan.

(2) Ketua Pendaftar atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah, setelah dibayar fi yang ditetapkan, memberikan kepada mana-mana orang yang menghendakinya satu salinan catatan dalam Daftar Perkahwinan dan indeks, yang diperakui dengan tandatangan dan meterai jawatannya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.