ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Penangkapan



Seksyen 39. Saman untuk hadir dan waran penangkapan boleh dilaksanakan di mana-mana bahagian di Malaysia.

(1) Semua saman untuk hadir dan waran penangkapan yang dikeluarkan oleh sesuatu Mahkamah boleh disampaikan atau dilaksanakan, mengikut mana yang berkenaan, di mana-mana tempat di Malaysia:

Dengan syarat bahawa saman itu tidak boleh disampaikan di luar kawasan bidangkuasa tempatan Mahkamah yang mengeluarkannya melainkan jika saman itu diindorskan oleh Mahkamah tersebut dengan perkataan "Untuk penyampaian di luar bidangkuasa".

(2) Saman itu tidak boleh diindorskan dengan perkataan "Untuk penyampaian di luar bidangkuasa" oleh Mahkamah yang mengeluarkannya melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa terdapat alasan-alasan yang tertentu untuk membenarkan penyampaian itu, yang mana alasan itu hendaklah direkodkan sebelum saman itu diindorskan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.