ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN VIII - MASJID-MASJID



Seksyen 125. Majlis menjadi Pemegang Amanah.

(1) Walau apapun mana-mana peruntukan yang berlawanan dalam mana-mana suratcara, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua Masjid dalam Negeri dan tiap-tiap masjid, masjid itu terdiri atau hakmilik yang berkaitan dengannya dan digunakan untuk maksudnya selain dari tanah Kerajaan atau tanah yang dikhaskan untuk maksud awam, hendaklah dari bermulanya Enakmen ini berkuatkuasa terletak hak kepada Majlis.

(2) Mana-mana tanah yang terletak hak kepada Majlis mengikut seksyen-kecil (1) atau kemudiannya terletak hak dengan secara itu hendaklah didaftarkan dalam nama Majlis setelah Pemungut Hasil Tanah berpuashati sebagaimana mengikut seksyen 109.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.