ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Kumpulan Wang Majlis



Seksyen 148. Pengertian suratcara.

Jika, pada pendapat Majlis atau Yang Dipertua, makna atau natijah mana-mana suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan atau menyentuh mana-mana wakaf atau nazar am adalah kesamaran atau tidak berketentuan, maka bolehlah perkara itu dirujukkan kepada Jawatankuasa fatwa bagi pendapatnya tentang makna dan natijahnya, dan Yang Dipertua hendaklah, setelah diampuni berkenan dengan bertulis oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, menjalankan menurut sebagaimana pendapat yang diberi oleh Jawatankuasa Fatwa atau sebilangan besar daripadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.