ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 21. Penjalanan urusan

(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan dengan sempurna dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti ahli yang hadir dan berhak mengundi atau jika perlu melalui ketetapan majoriti ahli yang hadir dan berhak mengundi.

(2) Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua ahli Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal-hal khas diarahkan selainnya oleh Yang di-Pertua Negeri, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.