ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 8. Kuasa untuk menubuhkan perbadanan-perbadanan.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri dari semasa ke semasa melalui perintah yang diterbitkan dalam Warta, menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang Majlis fikirkan patut untuk menjalankan dan menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Majlis dalam melaksanakan kewajipan dan kuasa-kuasanya di bawah seksyen 7.

(2) Majlis hendaklah, dengan kelulusan Yang di-Pertua Negeri, melalui perintah yang sama atau yang lain, membuat peruntukan-peruntukan berkenaan dengan sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1), yang mentakrifkan -


(3) Peruntukan-peruntukan Jadual Kedua hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan oleh Majlis di bawah subseksyen (1).





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.