ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran: kepada siapa diarahkan

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama dan semua Pegawai Penguat kuasa Agama yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di Negeri Perak Darul Ridzuan.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh mengarahkannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis yang lain di Negeri Perak Darul Ridzuan atau mana-mana orang yang dinamakan, yang bukan Pegawai Penguat kuasa Agama atau pegawai polis, dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.