ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE



Seksyen 36. Menukar Peguam Syarie

(1) Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada semua pihak.

(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan pelantikan Peguam Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.