ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 2 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 169. Penghakiman atau perintah hendaklah dimaklumkan kepada Mahkamah perbicaraan

(1) Apabila sesuatu kes yang dirayukan diputuskan, Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memperakui penghakiman atau perintahnya kepada Mahkamah perbicaraan.

(2) Mahkamah perbicaraan hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Mahkamah Rayuan Syariah dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikutnya.

(3) Apabila mana-mana rayuan ditarik balik atau diberhentikan, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah hendaklah memberitahu Mahkamah perbicaraan sewajarnya dan, jika apa-apa penggantungan pelaksanaan telah dibenarkan, hukuman atau perintah Mahkamah perbicaraan hendaklah dikuatkuasakan dengan segera, tetapi tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh disifatkan mengehadkan atau menyekat kuasa untuk melanjutkan masa yang diberikan kepada Mahkamah Rayuan Syariah oleh seksyen 162.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.