ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN VIII - PLIDING



Seksyen 64. Defendan hendaklah menyampaikan pembelaan

(1) Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh----

(2) Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang diarahkannya.

(3) Pembelaan hendaklah dikemukakan dalam Borang MS 16.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.