ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN



Seksyen 94. Pindaan Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 1986.


(1) Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 1986 adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "seksyen-seksyen 149, 149A, 149B, 149C, 151A, 155A(1), 157 dan 158A(2) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1959" yang terdapat di dalam seksyen 19(1) (a) dan seksyen 43(1)(d) di dalam Enakmen berkenaan, dengan perkataan-perkataan "seksyen-seksyen 52, 53, 55 hingga 60, 66, 68 hingga 76, 80, 83 dan 84 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991".

(2) Enakmen Prosedur Jenayah Syariah 1986 adalah dengan ini dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak 1959" di mana-mana ianya kedapatan dengan perkataan-perkataan" Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991".


Diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri yang telah bersidang pada 18hb. September, 1991.

TENGKU MUHAMAD BIN TENGKU ABDULLAH,
Setiausaha Dewan Undangan Negeri,
Melaka

[JKMM.S. 137/6/1 Klt. 4; PUN(M) 351/11/1]




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.