ENAKMEN 5 TAHUN 1989
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM 1989

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasaan-perbahasaan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada suatu perhimpunan, atau dalam apa-apa ucapan atau pernyataan itu yang diterbitkan atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat ia tahu atau, pada munasabahnya, patut tahu akan diterbitkan atau disiarkan, menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I Jadual, atau apa-apa terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan apa-apa fakta kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara, atau hal mengenai atau berkaitan dengan mana-mana agama bukan Islam.

(2) Seseorang yang bukan seorang Islam adalah melakukan kesalahan jika ia, dalam keadaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1), menggunakan mana-mana perbahasaan yang disenaraikan dalam Bahagian II Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-dua denda dan penjara itu.

(4) Raja boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.