ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991
BAHAGIAN IV - MASJID
Seksyen 61. Jawatankuasa Masjid.
(1) Majlis boleh membuat kaedah untuk-
(a) pembentukan jawatankuasa masjid;
(b) memperuntukkan cara mana anggota-anggota jawatankuasa masjid itu dilantik; dan
(c) menentukan kewajipan-kewajipan jawatankuasa masjid.
(2) Jawatankuasa Masjid bersama-sama dengan pegawai masjid hendaklah-
(a) bertanggungjawab bagi pentadbiran yang betul dan sempurna ke atas masjid dan tanah perkuburan orang Islam dalam kariahnya;
(b) bertanggungjawab agar ahli kariah berkelakuan baik dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Agama Islam; dan
(c) memberi laporan segera kepada Majlis semua perkara yang berlaku dalam kariah yang memerlukan perhatian Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.