ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 4. Penubuhan Majlis.

(1) Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkaraperkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, Majlis Agama Islam Melaka yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).


(3) Tiap-tiap hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak atau dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Enakmen ini mula berkuat kuasa, terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan itu tidak bertentangan dengan
peruntukan-peruntukan Enakmen ini.

(4) Tiap-tiap jenis harta, alih atau tak alih, yang sebelum Enakmen ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak pada Majlis
terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuat kuasa, terletak hak pada Majlis tanpa dipindahhakkan, diserahhakkan atau dipindahmilikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.