ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PERLAKSANAAN
BAB 2 - PENGUATKUASAAN



Seksyen 153. Pelaksanaan oleh atau terhadap orang bukan pihak.

(1) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat suatu perintah atau yang bagi faedahnya suatu perintah dibuat, adalah berhak menguatkuasakan pematuhan perintah itu melalui proses yang sama seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.

(2) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.