ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN II - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN AM MENGENAI MAHKAMAH JENAYAH
BAB IV
Waran Tangkap



Seksyen 35. Orang yang ditangkap di bawa ke Mahkamah tanpa kelewatan.

Seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis atau orang lain yang melaksanakan waran tangkap hendaklah, tertakluk kepada peruntukan seksyen 32 berkenaan jaminan, tanpa kelewatan yang tidak munasabah membawa orang yang ditangkap itu ke hadapan Mahkamah di mana dia dikehendaki oleh undang-undang mengemukakan orang itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.