ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 4. Penubuhan Majlis.

(1) Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak" untuk membantu dan menasihati Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.

(2) Apabila seksyen ini mula berkuat kuasa, Majlis Agama Islam dan "Adat Melayu Perak yang wujud sebelum permulaan kuat kuasa itu menurut kuasa Enakmen terdahulu hendaklah disifatkan sebagai Majlis yang disebut dalam subseksyen (1).

(3) Tiap-tiap hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan yang sebelum Bahagian ini mula berkuat kuasa adalah terletak hak atau dipertanggungkan pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila enakmen ini mula berkuat kuasa, terletak hak dan dipertanggungkan pada Majlis setakat yang hak, kuasa, kewajipan dan tanggungan itu tidak bertentangan dengan peruntukan-peruntukan enakmen ini.

(4) Tiap-tiap jenis harta, alih atau tak alih, yang sebelum Enakmen ini mula berkuatkuasa adalah terletak hak pada Majlis terdahulu hendaklah, apabila Bahagian ini mula berkuatkuasa, terletak hak pada Majlis tanpa dipindahhakkan, diserahhakkan atau dipindahmikikkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.