ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN IX - PERUNTUKAN AM



Seksyen 48. Menghalang suatu kesalahan.

Mana-mana orang yang menghalang, menggalang, menahan, melengah-lengahkan atau mengganggu mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis daripada menjalankan mana-mana kuasanya atau melaksanakan fungsi atau kewajipannya yang sah di bawah Enakmen ini atau mana-mana peraturan di bawahnya atau tidak memberikan bantuan yang semunasabahnya dikehendaki oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.