ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - SUBAHAT



Seksyen 38. Seksaan bagi subahat jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan dengan niat yang lain daripada niat pensubahat.


Barang siapa menyubahati sesuatu kesalahan dilakukan, hendaklah, jika orang yang disubahati itu melakukan perbuatan itu dengan niat atau pengetahuan yang lain daripada niat atau pengetahuan pensubahat itu, diseksa dengan seksaan yang diperuntukkan bagi kesalahan yang mungkin berlaku sekiranya perbuatan itu telah dilakukan dengan niat atau pengetahuan pensubahat itu tetapi tidak dengan apa-apa niat atau pengetahuan lain.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.