ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 99. Mengeluarkan atau mengalih bahan-bahan batu menyalahi undang-undang.

(1) Sesiapa, tanpa kebenaran yang sah, mengeluar, mengalih atau mengangkut, atau membenarkan pengeluaran, pengalihan atau pengangkutan bahan-bahan batu daripada tanah Majlis adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang berada di dalam jagaannya atau miliknya atau di bawah kawalannya, apa-apa bahan-bahan batu selain daripada bentuk yang menjadikan ia sebahagian asal daripada tanah di mana ia dijumpai, hendaklah dianggap telah mengeluarkan, mengalihkan atau mengangkut, atau membenarkan mengeluar, mengalih atau mengangkut bahan-bahan batu itu tanpa kebenaran yang sah.

(3) Sesiapa yang dihukum atas apa-apa kesalahan di bawah seksyen ini boleh diperintahkan membayar kepada Majlis, selain daripada denda yang dikenakan atas sabitan itu, pampasan yang sama nilai dengan nilai bahan-bahan batu yang terlibat dan atas apa-apa kayu balak yang tumbang atau rosak semasa pengeluaran bahan-bahan batu itu.

(4) Bagi maksud subsekyen (3), nilai apa-apa bahan-bahan batu atau kayu balak hendaklah, di dalam ketiadaan keterangan disebaliknya, mengikut apa-apa jumlah yang disahkan oleh Pegawai Tanah atau Hutan Kerajaan, dan apa-apa jumlah yang diperintahkan dibayar mengikut subseksyen tersebut hendaklah didapatkan seolah-olah ia adalah denda yang dikenakan atas sabitan.

(5) Bagi maksud seksyen ini, tanah Majlis mempunyai ertinya yang sama sepertimana diberikan kepadanya di dalam seksyen 95(3).






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.