ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 166. Cara menyita.

(1) Mana-mana harta yang boleh ditahan sebelum penghakiman hendaklah disita mengikut acara yang diperuntukkan untuk penyitaan dan penjualan di bawah Bahagian XIX.

(2) Jika mana-mana harta telah ditahan di bawah subseksyen (1), ia tidaklah boleh disita tetapi hendaklah disifatkan sebagai telah disita dalam perlaksanaan mengikut perintah perlaksanaan yang diserahkan pada pukul 4.00 petang pada hari di mana penghakiman ke atasnya dibuat, dan boleh dijual sewajarnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.