ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN VII - PENJAGAAN
Penjagaan ke atas Orang dan Harta



Seksyen 102. Perintah larangan oleh Mahkamah

(1) Walau apa pun peruntukan-peruntukan seksyen 90, Mahkamah boleh, jika difikirkannya perlu berbuat demikian, membuat suatu perintah melarang bapa atau datuk lelaki di sebelah bapa seorang kanak-kanak atau wasi-wasi mereka masing-masing atau wasi-wasi kepada wasi-wasi mereka masing-masing daripada-


tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada Mahkamah.

(2) Apa-apa pelupusan harta seseorang kanak-kanak yang berlawanan dengan perintah itu boleh ditetapkan sebagai tak sah, dan atas penetapan itu Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya perlu untuk mengembalikan harta yang dilupuskan itu kepada kanak-kanak itu.

(3) Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah di bawah subseksyen (2) melainkan jika perlu atau baik bagi kepentingan kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.