ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Peruntukan Am



Seksyen 66. Peguam Syar'i.

(1) Perkataan "peguam", di mana jua digunakan dalam Enakmen ini, ditujukan hanya kepada Peguam Syar'i, iaitu, seorang pegambela dan peguamcara yang-

(2) Tertakluk kepada subseksyen (4), tiada sesiapa kecuali Peguam Syar'i boleh hadir dan menjadi wakil bagi mana-mana pihak di dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah Syar'iah.

(3) Majlis hendaklah menyedia dan menyenggarakan satu daftar tahunan yang mengandungi butir-butir berhubung dengan Peguam Syar'i.

(4) Peguam Syar'i tidak boleh hadir dan menjadi wakil bagi mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding di mana-mana Mahkamah Syar'iah kecuali dia mempunyai sijil bertulis yang dikeluarkan oleh Majlis, yang mana hendaklah dikeluarkan tiap-tiap tahun dan ditandatangani oleh Yang Dipertua.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.