ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 33. Mengajar Agama tanpa kebenaran.

(1) Kecuali kepada keluarga rumahnya sahaja dan di tempat kediamannya sendiri, tiada seseorang boleh mengajar, menghurai, menerangkan atau melakukan apa-apa perbuatan yang boleh diertikan sebagai mengajar, menghurai atau menerangkan, sesuatu perkara yang berkaitan dengan Agama Islam, tanpa kebenaran bertulis daripada Yang Dipertua.

(2) Sesiapa yang melanggar sub-seksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman tidak melebihi seribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.