ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXI - SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN



Seksyen 162. Tangkapan penghutang penghakiman.

(1) Permohonan mendapatkan perintah tangkap di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat dalam Kamar dan boleh dibuat secara ex parte kecuali Mahkamah memerintahkan sebaliknya.

(2) Semua keterangan untuk menyokong mana-mana permohonan di bawah seksyen ini hendaklah melalui afidavit dan salinan-salinan afidavit itu hendaklah diserahkan kepada defendan.

(3) Suatu perintah tangkap hendaklah seperti dalam borang yang ditetapkan tetapi tidak boleh dilaksanakan sehingga plaintif telah membuat deposit dengan bailif.

(4) Tiap-tiap perintah itu hendaklah diendorskan dengan alamat penyampaian pemiutang penghakiman.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.