ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain -

"Enakmen dimansuhkan" ertinya Enakmen Mahkamah Syariah 1992;

"Hakim" atau "Hakim Syar'ie" ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah seksyen 6(1), 7(1) atau 9(1);

"Hukum Syarak" ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Syafie atau salah satu daripada Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

"Ketua Hakim Syar'ie Negeri" ertinya Ketua Hakim Syar'ie Negeri Sabah yang dilantik di bawah seksyen 5(1);

"Ketua Pendakwa Syar'ie" atau "Pendakwa Syar'ie" masing-masing ertinya Ketua Pendakwa Syar'ie atau Pendakwa Syar'ie yang dilantik di bawah seksyen 30(1) dan (4);

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibentuk di bawah seksyen 4;

"Mahkamah Sivil" ertinya mana-mana mahkamah yang dibentuk di bawah Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan;

"Majlis" ertinya Majlis Ugama Islam Sabah yang ditubuhkan di bawah seksyen 4(1) Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004;

"Menteri" ertinya Menteri dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pentadbiran hal ehwal agama Islam bagi Negeri Sabah;

"Negeri" termasuklah Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya;

"Pegawai Penguat Kuasa Agama" ertinya Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Agama yang dilantik di bawah seksyen 31(1) dan termasuklah Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama;

"Peguam Syar'ie" ertinya seseorang yang diterima masuk sebagai Peguam Syar'ie di bawah seksyen 32.

"Pendaftar" ertinya Ketua Pendaftar atau Pendaftar atau Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 10.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Enakmen Tafsiran dan Fasal-fasal Am 1963 hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat yang ia tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.