ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 216. Saman dan penyerahannya.


(1) Sebagai tambahan kepada surat guaman asal, pihak menuntut hendaklah menyerahkan kepada Mahkamah satu salinan surat guaman itu bagi tiap-tiap orang yang kena tuntut.

(2) Mahkamah itu hendaklah mengeluarkan satu saman kepada tiap-tiap pihak yang kena tuntut dan hendaklah mengarahkan bagi saman itu diserahkan kepadanya dengan satu salinan surat guaman. Saman-saman itu hendaklah mengarahkan pihak yang kena tuntut supaya hadir ditempat, tarikh dan waktu sebagai yang dinyatakan untuk menjawab tuntutan itu, dengan hendaklah memberi amaran kepadanya bahawa jika ia tidak hadir, Mahkamah akan terus meluluskan tuntutan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.