ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 98. Keterangan tentang perkara-perkara yang bertulis.

Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau lain-lain pindahan mengenai harta yang berkenaan dengannya dia memberi keterangan tidak ada terkandung dalam sesuatu dokumen, dan sekiranya dia berkata ada, atau sekiranya dia hampir hendak membuat apa-apa kenyataan tentang kandungan sesuatu dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak lawan boleh membantah keterangan itu diberi sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga nyataan-nyataan telah dibuktikan yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberi keterangan sekunder mengenainya.
MISALAN




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.