ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 2 - ORANG TAK UPAYA



Seksyen 29. Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa.

(1) Seseorang plaintif yang belum dewasa mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, boleh sama ada menarik balik tindakan sebelum dia mengambil apa-apa langkah di dalam tindakan itu atau meneruskan prosiding itu.

(2) Kebenaran Mahkamah tidak diperlukan untuk menarik balik tindakan itu tetapi peruntukan-peruntukan Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.

(3) Jika plaintif menarik balik tindakan itu dia tidaklah bertanggungan sendiri untuk membayar kos melainkan Mahkamah memerintahkan sebaliknya.

(4) Jika plaintif adalah lebih daripada seorang, plaintif yang belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tindakan itu tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya, atau jika dia adalah pihak yang perlu di dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya defendan atas apa-apa terma sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah.

(5) Jika tindakan diteruskan plaintif hendaklah meminda tajuk tindakan itu dan Mahkamah boleh memindanya dan melepaskan penjaganya yang sah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.