ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN V - MASJID



Seksyen 169. Bertindak sebagai Imam, Khatib atau Bilal dalam sembahyang Jumaat.

(1) Tidaklah boleh mana-mana orang bertindak sebagai Imam, Khatib, atau Bilal berhubung dengan penunaian mana-mana sembahyang Jumaat di mana-mana tempat kecuali dia seorang Imam, Khatib, atau Bilal yang dilantik di bawah Bahagian ini atau dia adalah seorang yang diberi kuasa oleh Jabatan untuk bertindak sedemikian berhubung dengan sembahyang Jumaat yang berkenaan itu.

(2) Tidaklah boleh mana-mana orang yang dilantik sedemikian bertindak sebagai Imam, Khatib, atau Bilal berhubung dengan penunaian mana-mana sembahyang Jumaat, selain daripada di masjid yang padanya dia dilantik pada masa itu atau ditugaskan oleh Jabatan, melainkan dia dibenarkan oleh Jabatan untuk bertindak sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.