ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN II - PENGECUALIAN AM



Seksyen 7. Perbuatan yang seseorang terpaksa melakukan oleh kerana ugutan.

Tiada menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan oleh seseorang yang terpaksa melakukannya oleh kerana ugutan, yang, tatkala melakukannya, munasabah menyebabkan ketakutan bahawa jika ia tidak dilakukan akibatnya dia akan mendapat kematian serta merta:

Dengan syarat bahawa orang yang melakukan perbuatan itu tidak meletakkan dirinya dalam keadaan yang menjadikannya tertakluk kepada paksaan itu sama ada dengan kemahuannya sendiri, atau oleh kerana suatu ketakutan yang munasabah akan apa-apa kerosakan kepada dirinya selain daripada kematian serta merta.

Huraian 1 - Seseorang yang memasuki sesuatu kumpuIan yang menganuti ajaran salah atas kemahuannya sendiri setelah mengetahui pegangan mereka atau atas sebab ugutan akan dipukul, tidak berhak mendapat faedah daripada kecualian ini atas alasan yang dia telah dipaksa oleh kumpulan tersebut yang dia sekutui melakukan sesuatu perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Huraian 2 - Seseorang yang ditangkap oleh sekumpulan pelampau agama dan dipaksa dengan ugutan kematian serta merta supaya melakukan perkara yang menjadi kesalahan di sisi undang-undang - umpamanya membakar masjid - adalah berhak mendapat faedah daripada kecualian ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.