ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 62. Kuasa Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seorang anak.

Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, apabila memerintahkan pembayaran nafkah anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripada nafkah itu dengan meletakhak apa-apa harta pada pemegang amanah dengan arahan supaya membayar nafkah itu atau sebahagian daripadanya dari pendapatan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.