ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
KESAHTARAFAN ANAK



Seksyen 109. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Jika seseorang perempuan yang berkahwin dengan seseorang lelaki melahirkan seorang anak lelaki enam bulan qamariah dari tarikh perkahwinannya itu atau dalam masa satu tahun qamariah selepas perkahwinannya itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh, dengan cara lian atau kutukan, menafikan anak itu sebagai anaknya di hadapan Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.