ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 149. Memasuki premis.

(1) Bailif tidak boleh memecah masuk ke dalam mana-mana premis tertutup pada malam hari, kecuali seperti yang disebut terdahulu, ia boleh melakukannya pada bila-bila masa dan pada bila-bila hari.

(2) Bailif tidak boleh memaksa masuk dalam mana-mana rumah atau bangunan kediaman kecuali dengan izin Mahkamah.

(3) Apabila memecah buka mana-mana pintu atau kontena bailif tidak boleh menggunakan kekerasan yang lebih kuat daripada yang munasabah dan perlu, dan hendaklah mengambil langkahan yang munasabah untuk keselamatan apa-apa barang yang telah terdedah kepada risiko dan hendaklah, jika boleh memberitahu tuanpunya atau penghuni akan tujuannya memecah buka pintu atau kontena tersebut.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.