ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB XIII - DARIHAL PENGHAKIMAN



Seksyen 124. Penghakiman tidak boleh diubah.

Tiada Mahkamah boleh, setelah merekodkan penghakiman, mengubah atau menyemak kembali perkara yang sama:

Dengan syarat bahawa suatu kesilapan berkenaan tulisan boleh diperbaiki pada bila-bila masa, dan bahawa kesilapan-kesilapan yang lain boleh boleh diperbaiki pada bila-bila masa sebelum Mahkamah menamatkan pembicaraan pada hari itu.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.