ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai pencelaan agama dan institusinya



Seksyen 55. Mendirikan masjid atau surau tanpa kebenaran.

Mana-mana orang yang mendirikan sesebuah masjid atau surau atau dengan jalan yang lain menggunakan sesebuah bangunan yang ada sebagai atau kerana tujuan sesebuah masjid atau surau dengan tiada mendapat kebenaran bertulis dari Majlis adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah itu boleh, tertakluk kepada sesuatu hak pihak ketiga, memerintahkan orang yang didapati bersalah itu meruntuhkan bangunan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.