ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 24. Rahsia.

Perjalanan urusan Majlis hendaklah dirahsiakan dan tiada seorang ahli pun atau penjawatnya boleh menyiarkan atau memberitahu kepada sesiapa, selain daripada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Menteri dan mana-mana ahli Majlis sesuatu perkara yang telah berbangkit dalam mana-mana mesyuarat kecuali dia dibenarkan atau dikehendaki berbuat demikian oleh Majlis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.