ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996

BAHAGIAN IV - JEMAAH



Seksyen 13. Tempoh Jemaah, penamatan dan perletakan jawatan ahli.


(1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, suatu Jemaah hendaklah terus ujud sepanjang jangkamasa pendaftaran sekolah dan jika berlaku kekosongan atas apa-apa sebab dalam Jemaah itu itu ia hendaklah dalam masa 30 hari setelah berunding dengan Pegawai Tadbir Agama mengemukakan nama pengganti bagi pertimbangan dan perlantikan oleh Pendaftar.

(2) Pendaftar adalah berkuasa untuk menamatkan keanggotaan ahli melainkan ahli yang dilantik menurut subseksyen 11(4) tanpa memberi apa-apa sebab.

(3) Ahli Jemaah boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya sebagai ahli dengan mengemukakan suatu notis bertulis yang dialamatkan kepada Pengerusi atau Setiausaha Jemaah itu dengan suatu salinannya kepada Pendaftar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.