ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VII - SAKSI



Seksyen 92. Cara memberi keterangan.

(1) Dalam kes mal keterangan hendaklah diberi oleh plaintif dan defendan. Defendan yang menafikan tuntutan itu boleh diminta bersumpah mengikut Hukum Syara'.

(2) (a) Apabila sumpah dibuat oleh defendan, tuntutan plaintif tertolak secara mutlak.
(3) Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberi bagi pihak pendakwa dan bagi pihak tertuduh kecuali apabila tertuduh mengaku bersalah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.