ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 60. Tiada apa-apa dorongan diberi.

(1) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang yang berkuasa, boleh menawar atau membuat apa-apa dorongan, ugutan atau janji kepada mana-mana orang yang dituduh atas sesuatu kesalahan untuk mendorong orang itu membuat apa-apa pernyataan berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu.

(2) Tiada Pegawai Penguatkuasa Agama atau orang lain boleh menahan atau menghalang dengan apa-apa amaran atau dengan cara lain mana-mana orang daripada membuat dalam masa penyiasatan di bawah Bab ini apa-apa pernyataan yang dia mungkin bersedia membuatnya menurut kemahuannya sendiri.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.