ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 23. Minit

(1) Setiausaha hendaklah menyimpan semua minit segala mesyuarat Majlis.

(2) Pada tiap-tiap mesyuarat minit mesyuarat yang lalu hendaklah dibaca dan disahkan, tertakluk kepada apa-apa pindaan yang diperlukan.

(3) Minit itu hendaklah dicatatkan dalam buku minit Majlis dan hendaklah mengandungi rekod kata demi kata penuh bagi tiap-tiap ketetapan yang dibuat oleh Majlis.

(4) Dengan seberapa segera yang mungkin selepas tiap-tiap mesyuarat Majlis, satu salinan draf minit itu hendaklah dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri, dan jika semasa draf minit itu disahkan minit dipinda Yang di-Pertua Negeri hendaklah dengan segera dimaklumkan tentang pindaan yang dibuat.

(5) Tiada keputusan yang dibuat dalam mana-mana mesyuarat Majlis boleh diambil tindakan sehingga minit mesyuarat itu disahkan atau jika tindakan perlu diambil sebelum minit itu disahkan Yang di-Pertua Negeri telah menandakan perkenannya secara bertulis.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.