ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 68. Kewajipan menanggung nafkah anak taksahtaraf.

(1) Jika seorang perempuan cuai atau enggan menanggung nafkah anak taksahtarafnya yang tidak berupaya menanggung nafkah dirinya, Mahkamah boleh, apabila hal itu dibuktikan dengan sewajarnya, memerintahkan perempuan itu memberi apa-apa elaun bulanan yang difikirkan menasabah oleh Mahkamah.

(2) Elaun itu hendaklah kena dibayar dari tarikh kecuaian atau keengganan itu atau dari suatu tarikh yang kemudian mengikut sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.